Di Malaysia dikenali sebagai Burung Serindit.
Ianya adalah spesis kecil Parrot yang dibawa ke Uerope dari Australia sekitar 150 tahun dahulu.
Dalam kehidupan liar burung ini ianya turut dikenali sebagai Nomadic Bird, kerana burung ini tinggal di kawasan kering Australia. Kebiasaannya burung ini akan terbang berbatu-batu untuk mencari kawasan yang berair dan makanan. Apabila musim panas, burung ini akan berhijrah ke selatan mencari kawasan yang lebih sejuk.

Tahukah anda di habitat asal burung ini?
ianya tidak pernah membina sarang dan ianya tidak pernah kembali ketempat yang sama ianya membiak tidak seperti spesis burung lain. Burung ini akan membiak di tempat yang ianya selesa dan selamat di bawah tempat yang teduh seperti lubang pokok atau dicelah-celah batu.
Budgies liar pada asalnya berwarna LIGHT GREEN dengan YELLOW SHOULDER,NECK AND HEAD. Selalunya apabila kita kekedai burung terdapat berbagai warna seperti biru putih, kuning hijau dan pelbagai warna lagi. Ini kerana ianya dibiakkan untuk memberi lebih pilihan.
Jantina
Cara paling mudah untuk mengenali jantina burung budgie adalah kenalpasti warna ‘cere’. ‘Cere’ berasal dari perkataan latin atau hidungnya dan selain dari burung dari keluarga parrot, burung seperti helang dan merpati juga mempunyai ‘cere’.
BUDGIES
JANTAN matang mempunyai cere yang berwarna biru terang atau purple.
Semasa muda cere mereka berwarna pink atau biru muda.
Contoh Budgie Jantan :
BUDGIES BETINA mempunyai cere yang berwarna brown semasa berada dalam breeding condition, manakala mempunyai cere yang berwarna putih kebiruan sekiranya tidak berada dalam breeding condition.
Contoh Budgie Betina :
UMUR
Umur budgie dapat ditentukan melalui dua cara
iaitu:
1) BULU KEPALA- Untuk kebanyakan variati, budgie muda mempunyai
jalur pada kepala ke bawah hingga ke “cere”. Ketika berumur antara 3-4 bulan,
budgie akan mengalami perubahan pertama dan bulu pada bahagan atas akan
digantikan dan jalur pada kepala sudah tiada lagi. Jadi budgie dengan jalur
dari atas turun ke “cere” adalah budgie muda yang belum mengalami perubahan
pertama dan berumur kurang daripada 3-4 bulan. Pengecualian kepada mutasi
“Lutino/Albino” dan “Recessive Pied” kerana variati ini memang tiada jalur pada
kepala mereka.
2) MATA - Untuk kebanyakan variati, warna mata budgie muda keseluruhannya hitam.
Semakin ia meningkat dewasa, iris mata akan bertambah cerah kepada warna
kelabu/coklat cair.
- Budgie dengan keseluruhan
mata hitam berumur bawah 4 bulan.
- Budgie dengan iris mata
kelabu gelap berumur antara 4 – 8 bulan.
- Budgie dengan iris mata
kelabu atau coklat cair berumur lebih daripada 8 bulan.
Pengecualian:
- “Lutino/Albino“, “Lacewing“, “Fallow” – Pada semua peringkat umur,
variati bermata merah ini mempunyai iri mata berwarna merah jambu.
- “Recessive Pied“, “Dark-Eyed Clear” – Pada semua peringkat umur, variati ini mempunyai mata berwarna plum
gelap.